Monday, June 23, 2014

Selamat Bersua Kembali

Setelah sekian lamak ninggal blog tuk, ahernya berjaya juak aku update semula walaupun lamak tuk, ati aku nang terpanggil untuk mengisi semula kekosongannya dengan pelbagai aktiviti dan pengisian hidup. Namun apakan daya, aku kekalutan masa lantaran lebih menumpukan perhatian bermain pesbuk! Ada juak keseronokan dan pengisian yang aku dapat daripada bermain pesbuk ya.

Tapi dalam molah blog tuk aku rasa lebih bebas dan sik terhad untuk aku menyampaikan segala bentuk aprisiasi perihal apa sahaja dan berkongsi apa juak aktiviti seharian, informasi berguna dan semasa dan apa-apa ajak yang aku rasa sesuai untuk menjadi tatapan semua sebagai perkongsian bersama malah mungkin juak sekadar sebagai hiburan semata atau tidak keterlaluan mun ku madah sebagai wadah mendekatkan hati yang jauh terutamanya dikalangan kawan-kawan yang berada jauh di perantauan (mun yang sudi menziarahi blog aku tuk), selain menjalin dan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama insan.

Agak terlalu banyak peristiwa dan aktiviti yang aku mpun banyak ketinggalan untuk berkongsi bersama selama kekosongan tuk. Ada peristiwa kematian, perihal masuk wad dan menjalani pembedahan, perihal melawat ke rumah panjang sempena perkahwinan bekas anak murid, catering dan macam-macam agik yang aku rasa akan ku updatekan secara flashback kelak. Insya Allah. Selain ya, insya Allah nak coba tukar layout serta template, juak widget yang mungkin sesuai untuk blog aku tuk.

No comments:

Post a Comment