Wednesday, June 25, 2014

Menu Tengahari

24 Jun 2014, sik sempat nak ngepos ari marek. Menu disediakan oleh adik ku sebabnya ngambik cuti sehari ari marek sebab malam sebelum ya mak terpaksa pergi ke wad emergency kerana sakit dada dan doktor mengesahkan emak mengidap paru-paru berair dan bengkak hati. Mungkin nya bingung ngenang mak sakit sebab ya nya ngambik cuti. Selain bapak, emaklah yang menyediakan menu tengahari untuk cicit-cicit pulang dari sekolah lamak tuk.

Antara menu tengahari ari marek, sup tulang yang aku gelar Sup Tulang Cinta Kaseh, sayur terung panjang masak kicap (kegemaran dak cucuk-cucuk, mun dimasak cara lain, sik berapa suka sidaknya makan) - Terung Manis Dayang Senandung, Ikan Goreng Cahaya Cinta dan menu simple sigek tuk ditambah aku mpun Salai Bilis Goreng Cinta Membara!

Sengaja aku molah nama yang macam ya, sekadar untuk suka-suka ajak selain menzahirkan rasa bersyukur kerana masih mampu menikmati rezeki pemberian Allah SWT. Rezeki yang Allah berik untuk kita terlalu sempurna dan sik pernah sik bagus untuk kita, jadi aku tek berpendapat, sik salah mun nak merik nama untuk setiap masakan kita dengan nama yang kacak-kacak, nama yang bagus-bagus dan indah sesuai dengan pemberian Tuhan yang tiada tolok bandingnya untuk kita nikmati, selain sebagai salah satu cara menyampaikan luahan dari hati betapa enak dan sedapnya masakan kita itu sehebat, seindah dan secantik namanya.

aidilsarawak1969@gmail.com
Sup Tulang Cinta Kaseh
aidilsarawak1969@gmail.com
Terung Manis Dayang Senandung
aidilsarawak1969@gmail.com
Salai Bilis Goreng Cinta Membara
aidilsarawak1969@gmail.com
Ikan Goreng Cahaya Cinta

No comments:

Post a Comment