28 / 06 / 2014, petang tuk di RH Hotel Sibu, aku berjumpa dengan bekas anak murid ku ketika aku masih mengajar di SK Pergau, Matu. Tujuan perjumpaan kamek ialah untuk membincangkan tentang majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka dari Negara Brunei Darussalam! Aku di
offer untuk mengendalikan majlis perkahwinan nya duak pada bulan Novembar akan datang. Walaupun tuk pertama kali aku bakal menguruskan perkahwinan, namun aku bukan setakat menerimanya sebagai rezeki dari Tuhan, malahan sebagai tugasan yang perlu aku galas sebaik mungkin demi memastikan kelicinan majlis ya kelak, selain menjaga nama dan perkhidmatan aku.
Excited dan gementar juak aku nerimak tanggungjawab tuk, tapi insya Allah, akan aku coba dan polah sebagus, sebaik dan se
professional yang mungkin.
Perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam ya meliputi pelbagai aspek termasuk perihal pelamin, hantaran,
doorgift, kumpulan hadrah, kumpulan zikir,
transportation, harga dan sebagainya. Bermakna aku perlukan kumpulan kerja yang betul-betul komited untuk kerja tuk yang aku rasa akan mendapat bantuan daripada beberapa orang kawan-kawan aku kelak. Majlis akad nikah dan acara bersanding akan diadakan di dewan Jasmine, RH Hotel tuk juak iaitu di tingkat 2 hotel tuk.
Maok sik maok, terpaksa aku sediakan
checklist untuk memudahkan aku membuat segala urusan yang berkaitan majlis tuk, termauk
survey ke laman google untuk mendapatkan info serta harga bahan-bahan keperluan untuk pelbagai persembahan (
presentation) pakey majlis ya kelak.
- pakej pelamin | gerbang | red carpet | makeup | inai lelaki dan perempuan
- hantaran lelaki | hantaran perempuan | door gift untuk tetamu | bunga telur
- kumpulan hadrah | kumpulan zikir | door gift untuk kumpulan hadrah dan zikir
- bas sewa
Banyak agik sebenarnya yang terpaksa aku uruskan selain soal pembayaran saguhati untuk kumpulan hadarah dan zikir, sapa yang harus aku libatkan dalam projek
grand aku tuk selain perkhidmatan juruacara dan pengapit pengantin. Perlu juak aku
list down semua barangan hantaran untuk kedua-dua belah pihak, Insya Allah, masa bukan menjadi satu masalah besar rasa ku sebab masa masih panjang, tapi aku sik dapat lah nak goyang kaki dolok sebab projek tuk memerlukan komitmen aku yang mantap dan padu! Semoga segala dipermudahkan untuk ku ... Amin.