KIRANYA TEBU DI PINGGIR BIBIR
KU SANGKA JUJUR PANCARAN BATIN
RUPANYA PALSU PENGHIAS ZAHIR
KU KIRA HATI JIWA NURANI
SUCI SEINDAH WAJAH TERBAYANG
KU KIRA PUJI SEIKHLAS BUDI
KU LUPA LIDAH TIDAK BERTULANG
DI MANIS GULA SEMUT BINASA
KAIL BERDURI BERSALUT UMPAN
DI MANIS KATA INSAN TERLENA
KERANA BUDI HAMBA TERKORBAN
INIKAH DIA LAKUNAN HIDUP
DI PENTAS DUNIA INSAN BERPURA
TIPU DAN DAYA MENCAPAI MAKSUD
BUDI DAN HARTA MERANGKUM NODA
Tok lirik lagu Tan Sri Datuk SM Salim yang berentak irama Malaysia. Lagu tok ada mencipta sejarah tersendiri dalam hidup aku. Bukan apa, cuma waktu aku "berhijrah" sekejap ke Johor Bahru sekitar 2005 - 2007, aku da masok pertandingan BINTANG IRAMA MALAYSIA. Rindok ati jak aku tek nak ow, ncoba nasib di negeri urang.
Pegilah aku tek ke sesi saringan yang diadakan di KOMTAR JOHOR BAHRU. Belabah juak sa nyawaku, ni ndak, first time ku bertanding di tempat urang, apatah lagik JB, nang ku sedia maklum, kebanyakkan daknya nang terror-terror jak mun part berlagu lebih-lebih agik genre yang cam tok. Masa saringan ya makey musik minus one yang disediakan dak penganjur. Tang sik konfiden jak aku masa ya. Tapi lastly, aku manage juak abis lagu dengan palak tut ku bergegar. Dak tangan ku megang mikrofon masa berlagu ya iboh kata gik lah!
![]() |
| Pentas Saringan |
![]() |
| Saringan |
Malam final ya aku kemain belabah di belakang pentas di Auditorium RTM Sultan Iskandar, JB. Malam ya, aku diteman oleh kazen ku nickman, sharifah kasmah ngan anjang andi ku ajak. Dak tiga ya dah ngambik tempat masing-masing di dalam dewan. Aku keseorangan ajak di belakang pentas ditemani dak peserta lain dan dak penari-penari yang aku sik biasa. Terasing lalu jak rasa. Sik tauk daknya aku tek urang Sarawak! Sengaja ku sik maok madah, takut lak kenak disqualified penyertaan aku! Dalam pada ya, aku profesional lah juak napok rasa sik nyaman nyawa ku - bergeng lah aku tek dengan dak peserta lain ya sampey dak penari ya disuruh ku nulong ngikat sabok ku malam ya. Hehe ...
Dipendekkan cerita, berlagu lah aku tek ngembak rasa konfiden ku mpun. Lagu Tak Seindah Wajah ya ku alun dan ku lenggok dengan kemampuan dan bakat yang ada dalam aku mpun. Syukur alhamdulilah, syukur nikmat atas anugerah Tuhan ya ngan aku.
![]() |
| Final |
Bukan konfiden tapi aku rasa aku dah molah yang terbaik malam ya dan sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti pertandingan belagu macam tok.
Tuah aku malam ya, aku dinobatkan JOHAN SOLO LELAKI yang melayakkan aku ngembak pulang sebuah trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM1000.00! (da gambar lain-lain sitok). Tuah lagu ya juak yang aku rasa baruk kali keduak aku ngembak bertanding. Dengan kemenangan ya, aku diberik penghargaan dan tanggungjawab mewakili negeri Johor ke Pertandingan Bintang Irama Malaysia Kebangsaan 2007 / Peringkat Separuh Akhir, bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia. Tapi ya cerita lain ...



No comments:
Post a Comment